27 September 2013

Sesi dialog bersama dengan Jurulatih Utama Program j-QAF Negeri Sembilan

Sila klik gambar untuk ke galeri
24 September, jam 9.00 petang.
Unit Program j-QAF, Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan sesi dialog bersama dengan Jurulatih Utama Program j-QAF Negeri Sembilan pada 24 September 2013 jam 9.00 malam.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada pengisian Kursus Pendedahan Guru-Guru Program j-QAF bagi Jurulatih Utama Negeri pada 23 – 25 September 2013 bertempat di Hotel Crown Crystal di Kuala Lumpur.

Kursus ini melibatkan 16 orang Jurulatih Utama Kebangsaan dan 4 Orang Jurulatih Negeri. Peserta telah didedahkan mengenai konsep dan dasar Program j-QAF serta strategi dan teknik pengajaran Model – Model Program j-QAF.