Info Unit

Latar Belakang Bahagian Pendidikan Islam


BPI bermula dengan pelantikan seorang Pegawai Perhubungan Sekolah di Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran pada tahun 1958 untuk mengurus bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).
Pada tahun 1961, Unit Pelajaran Agama ditubuhkan dan diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran. Unit ini berfungsi untuk mengurus bantuan kepada SAR dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambil alih.
Pada tahun 1973, Unit Pelajaran Ugama dinaik taraf menjadi Bahagian Pelajaran Ugama dengan diketuai oleh seorang pengarah.
Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Ugama Islam ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI).
Pada tahun 1995, BPI dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan penambahan fungsi Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. JAPIM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) dan mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral dan Bahagian Dakwah dan Kepimpinan; dan

Pada Mac 2008, fungsi Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral dipindahkan ke Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) selaras dengan penyusunan semula fungsi bahagian-bahagian di KPM. Sehubungan itu, JAPIM ditukar semula kepada BPI dan diletakkan di bawah TKPPM (Operasi Pendidikan) KPM. BPI kini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian bergred JUSA B.

Objektif Unit Program j-QAF

1. Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai serta mengawal pelaksanaan dasar dan hala tuju Program j-QAF.

a. Cadangan Perbekalan Mushaf Al-Quran, Buku Iqra’ dan Buku Rekod Pencapaian Murid Program j-QAF oleh Bahagian Buku Teks, KPM.

b. Cadangan Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi dalam bentuk kem bermula tahun 2015.

c. Cadangan Penggunaan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF bermula tahun 2014.

d. Cadangan Penambahbaikan Format Penilaian Model-Model Program  j-QAF.

e. Cadangan Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Dalam Norma Baharu GPI.

2. Merancang, menyelaras dan mengurus Mesyuarat Jawatan Kuasa Petugas Khas Program j-QAF.

3. Merancang, menyelaras dan mengurus Mesyuarat Jawatan Kuasa Pelaksana Program j-QAF.

4. Merancang, menyelaras dan mengurus Program Pemantauan Pelaksanaan Program j-QAF.

a. Pemantauan Berfokus.

b. Pemantauan Kes dan Aduan.

5. Merancang, menyelaras dan mengurus Proses Penilaian dan Pentaksiran Model-Model Program j-QAF.

a. Pembinaan Soalan PKSR Lisan Bahasa Arab (Tahun 1 – 6)

b. Pembinaan Soalan PKSR Bertulis Bahasa Arab (Tahun 1 – 6)

c. Pembinaan Soalan PKSR Bertulis Jawi (Tahun 1 – 6)

6. Merancang, menyelaras dan mengurus Penyediaan Pelaporan Pencapaian Model-Model Program j-QAF.

a. Membina / menambah baik Sistem Pelaporan Program j-QAF.

b. Taklimat / Bengkel Penggunaan Sistem.

c. Pengumpulan data dan analisa pelaporan.

7. Merancang, mengurus, menyediakan dan mengagihkan bahan dan keperluan kurikulum dan ko-kurikulum Program j-QAF.

a. Perbekalan Mushaf Al-Quran.

b. Perbekalan Buku Iqra’.

c. Perbekalan Buku Rekod Bacaan.

8. Merancang, mengurus dan melaksana kursus untuk guru Program j-QAF.

a. Menyediakan Modul Kursus.

b. Mengurus Pelaksanaan Kursus.

c. Menyediakan Pelaporan Kursus.

9. Mengumpul, menyediakan dan memproses data /maklumat berkaitan sekolah, murid dan guru.

10.Melaksanakan arahan SOPI, BPI dan KPM dari masa ke semasa.

Carta Organisasi Bahagian Pendidikan Islam